Syarat Dan Terma
Laman web dan produk Pakej 'PANDUAN LENGKAP-BINA SENDIRI
RUMAH ANDA' adalah tertakluk dibawah syarat dan terma yang telah
ditetapkan seperti dibawah :
Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mana - mana bahagian dalam halaman web ini atau
produk yang dibekalkan disalin, ditiru, diedar dan dicetak dalam
apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat persetujuan dan keizinan
daripada pihak penulis iaitu fatahbidin/kontraktorcyber dan
pihak penerbit iaitu
www.bina-rumah.com/wp
Produk Pakej 'PANDUAN LENGKAP-BINA SENDIRI RUMAH ANDA'
adalah diterbitkan oleh www.bina-rumah.com/wp . Produk ini
terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis
dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana
undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara ini.
Sesetengah nama, informasi, logo, imej, rekacipta, tajuk,
isikandungan pada halaman web dan produk keluaran
www.bina-rumah.com/wp . Team adalah dilindungi oleh Akta Hak
Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada
pihak kami, tindakan undang - undang akan diambil.
Penafian
Segala penerangan yang dibekalkan di dalam produk sama ada
secara langsung atau tidak langsung tidak menjamin bahawa setiap
pengguna akan berjaya mengikut langkah - langkah yang diberikan
walaupun pihak penerbit telah memastikan segala usaha yang
diberikan adalah yang terbaik.
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang
kerosakan atau kecederaan yang anda perolehi semasa menggunakan
perkhidmatan dan produk kami. Perkara ini termasuklah sama ada :
penggunaan mana - mana laman web www.bina-rumah.com/wp ,
serangan virus, kerosakan komputer, kecederaan pada diri,
serangan penggodam, kegagalan sistem berfungsi mengikut kehendak
anda.
Pihak kami tidak menjanjikan sebarang pendapatan yang akan
diterima oleh pengguna. Semuanya adalah bergantung kepada usaha
dan kerja keras pihak pengguna itu sendiri.
Butiran Sulit, Keahlian, Pautan
Sebarang butiran sulit yang khas diberikan kepada pengguna yang
mendaftar bersama mana-mana produk keluaran
www.bina-rumah.com/wp adalah hak milik peribadi pengguna
sendiri. Pengguna dilarang sama sekali untuk menyebarkan butiran
sulit ini kepada pihak lain tanpa sebarang notis dan mendapat
keizinan daripada pihak kami.
Maklumat keahlian seperti UserID, Password, Kod Diskaun adalah
hak milik pengguna sahaja. Ia tidak boleh dikongsikan kepada
pihak ketiga sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Sebarang pautan sama ada pautan (link) muat turut (download),
pautan halaman rahsia, pautan halaman keahlian adalah dilarang
disebarkan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
Kegagalan pengguna mematuhi privasi ini akan menyebabkan
pengguna akan dikenakan pembatalan terhadap akaun miliknya.
Etika Dan Tatacara
Pihak kami sama sekali tidak membenarkan mana-mana bahan
informasi produk, perkhidmatan dan kandungan web dipautkan atau
dimasukkan ke dalam halaman web seperti : laman web lucah, laman
web jenayah, laman web yang menyediakan bahan cetak rompak,
laman web penggodam, laman web spam dan laman web isu politik.
Segala aktiviti promosi haruslah menggunakan informasi dan
penerangan yang benar dan tepat tanpa sebarang unsur-unsur
penipuan.
Polisi Anti-SPAM
Kami mengamalkan polisi anti SPAM. SPAM yang kami maksudkan
adalah aktiviti melakukan promosi seperti menghantar email
kepada pengguna tanpa kebenaran, melakukan pengiklanan di web
pihak lain seperti forum tanpa etika dan menghormati pihak laman
web, melakukan perkara - perkara yang mengganggu privasi pihak
lain yang mana hal ini boleh menjatuhkan reputasi pihak kami.
Jika didapati pengguna melakukan perkara ini, tindakan tegas dan
undang - undang akan diambil.
Pembatalan Akaun / Keahlian
Pihak kami berhak membatalkan mana-mana akses dan penggunaan
produk jika terdapat pengguna yang menyalahgunakan mana-mana
perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang dibekalkan.
Pihak kami juga akan mengambil tindakan menyekat mana-mana
pengguna yang jika didapati bersalah menyalahgunakan
perkhidmatan, kandungan informasi dan produk yang dibekalkan
sekiranya mendapat aduan daripada pihak lain.
Pihak kami juga berhak untuk meminda dan mengubah mana-mana
isikandungan halaman web, produk dan informasi yang dibekalkan
tanpa sebarang notis awal.
Jaminan Pulangan Wang
Pihak kami menyediakan jaminan pulangan wang selama 30 hari dari
tempoh anda mendapatkan produk yang kami bekalkan.
Setiap permohonan pemulangan wang haruslah disertakan
bukti-bukti sah yang diperlukan seperti bukti anda mencuba
produk dan arahan yang diberikan.
Tempoh pemulangan wang adalah 14 hari selepas permohonan anda
disahkan lulus oleh pihak kami.
Data
Pengguna disarankan untuk membuat salinan (backup) untuk
kegunaan sendiri.
Sebarang kehilangan data disebabkan kecuaian pengguna adalah
diluar kawalan kami dan kami tidak akan melayan sebarang alasan
untuk mendapatkan data semula.
Polisi Privasi
Pihak kami hanya mengambil data daripada pengguna yang telah
menjadi pembeli atau pengguna yang memohon untuk mendapatkan
tips-tips atau bahan-bahan keluaran kami menerusi sistem
"mailing list" dan juga "autoresponder".
Segala pembelian yang dilakukan adalah merupakan transaksi yang
diyakini terjamin keselamatannya sama ada menggunakan perbankan
ataupun kad kredit. Pembelian menerusi kad kredit adalah
dijalankan menerusi "secure connection".
Semua data yang kami terima adalah dipertahankan daripada
diceroboh daripada pihak asing. Kami tidak akan sama sekali
memberi, menjual atau mengedarkan data pengguna kepada pihak
ketiga.
Kiriman Email
Kiriman email yang dihantar oleh pihak kami kepada pengguna
adalah dipohon oleh pengguna sendiri menerusi sistem mailing
list dan autoresponder.
Pengguna boleh keluar daripada sistem mailing list dan
autoresponder pada bila-bila masa sahaja menerusi link "unsubcribe"
yang sentiasa disertakan pada setiap email yang terkirim.
Hubungi Kami
Pihak kami boleh dihubungi menerusi ruangan bantuan secara
online menerusi Contact Saya
Dengan itu, sebagai pengguna produk atau agen pemasaran
www.bina-rumah.com/wp , anda tertakluk kepada syarat dan terma
yang telah ditetapkan diatas.
Kegagalan untuk menepati salah satu syarat diatas boleh
menyebabkan anda kehilangan hak sebagai pengguna ataupun agen
kami. |
|
Ikhlas Dari,
fatahbidin/kontraktorcyber
 |
|
| |
|