member login/affiliate register     
**PANDUAN LENGKAP**
BINA SENDIRI RUMAH ANDA

"Adakah Anda Sekarang Ini  Bercadang Untuk Memiliki Rumah Sendiri? Jika Anda Ada Sebidang Tanah Lot Tapak Rumah Maka Saya Cadangkan Anda Membina Sendiri Rumah Anda"

Apa yang maksudkan di sini ialah mengurus sendiri pembinaan rumah anda. Tahukah anda bahawa anda boleh jimatkan duit anda berpuluh ribu ringgit jika anda mengurus sendiri kerja-kerja binaan rumah anda. Secara asasnya harga membina sesebuah rumah boleh dipecahkan kepada tiga perkara iaitu:-

  1. kos bahan binaan
  2. upah pekerja
  3. keuntungan kontraktor

Jika kos binaan sesebuah rumah dianggarkan RM 90,000.00 maka keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor adalah RM 30 ribu. Bayangkan duit sebanyak ini sebenarnya adalah duit anda jika anda mengurus sendiri pembinaan rumah anda dan duit yang anda perlukan bagi membina dan menyiapkan rumah anda adalah cuma RM 60 ribu sahaja.

Kepada bakal-bakal pembeli rumah yang dihormati....

Kenaikan harga rumah dari masa ke semasa memang tidak dapat dielakkan lagi dan ianya begitu ketara bagi tahun-tahun kebelakangan ini. Perkara ini bukan saja berlaku di bandar-bandar besar saja tetapi ianya menyeluruh sehingga ke bandar-bandar kecil seluruh negara.

Kenaikan yang mendadak sejak akhir-akhir ini sangat memberi tekanan kepada golongan sederharna yang berpendapatan sekitar RM 3000 ~ RM 4000 ribu sebulan. Pada masa sekarang harga sebuah rumah semi-D setingkat dengan keluasan 1200 ~ 1500 ka persegi termasuk carporch adalah antara RM 150,000 ~ RM 200,000 sebuah dan lokasinya di bandar kecil/sederhana. Kebiasaanya rumah semi-D mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu bersekali dengan ruang makan, dapur dan 2 bilik air. Berapa jumlah pinjaman bank yang anda perlukan bagi membiayai pembelian rumah anda. Jika anda pinjam sekitar RM150k maka bayaran bulanan sudah tentu sekitar RM1500 sebulan. Adakah anda mampu? Jika anda belum lagi membuat keputusan maka saya cadangkan baca dulu ebook percuma dari saya iaitu "Kaedah penyelesaian dalam memiliki rumah sendiri" berikutan harga rumah yang meningkat secara mendadak sekarang ini.KLIK DI SINI


Artikel kenaikan harga rumah


DAN DAPATKAN BONUS HEBAT
" 1 SET LENGKAP PELAN RUMAH BUNGALOW ATAU RUMAH BERKEMBAR 1 TINGKAT "

(pelan arkitek)
PERCUMA

 Pelan rumah ini dilukiskan dengan program AutoCad sepertimana yang digunakan oleh firma arkitek dan kejuruteraan. Jika anda suka dengan rekabentuk rumah dalam pelan ini, ianya boleh terus digunakan untuk submission ke Majlis Daerah masing-masing. Apa yang perlu dilakukan masukkan nama pemilik dan alamat lot tanah anda sepertimana yang terdapat dalam geran tanah. Jika mengupah pelukis pelan, anda akan dikenakan bayaran sehingga RM2000.00 untuk 1 set pelan rumah yang lengkap(pelan arkitek sahaja). Untuk anda saya bagi percuma saja.

    

Salam sejahtera,

Saya hasilkan e-book ini berdasarkan teori dan pengalaman saya dalam industri pembinaan selama lebih 20 tahun. Saya gabungkan segala pengetahuan yang saya timba semasa menuntut dalam bidang pembinaan bangunan (building construction) dan juga pengalaman yang saya lalui dalam industri pembinaan di Malaysia. E-book ini lebih fokus kepada perkara-perkara yang perlu diketahui dalam proses pembinaan sesebuah rumah sebagai panduan kepada sesiapa saja yang bercadang membina rumah atau memilikki rumah memandangkan sesiapa saja memerlukan rumah apabila tiba masanya. Sebenarnya mengurus sendiri pembinaan rumah, anda boleh menjimatkan banyak duit. Harga rumah makin lama makin mahal disebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan beserta kadar upah pekerja juga meningkat. Harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju perumahan juga mahal. Macamana nak dapatkan rumah yang sesuai dengan kemampuan kita serta selesa dari segi keluasan dan berkualiti. Caranya adalah dengan mengurus sendiri pembinaan rumah anda.  Anda tidak perlu berhenti kerja bagi menguruskan pembinaan rumah anda kerana saya dapati banyak kakitangan kerajaan terutamanya yang berjawatan juruteknik awam (civil works) tidak kiralah dari JKR, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, guru-guru sekolah dan lain-lain yang buat part time menjadi kontraktor dengan membina rumah-rumah kemudian menjualkannya kepada pembeli.

Ebook ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang binaan selama lebih 20 tahun bersama dengan anda-anda semua. Ini adalah kerana saya dapati banyak sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari pemaju atau mengupah kontraktor antaranya ialah:-

Rumah lambat siap
Kos meningkat
Harga rumah bertambah mahal
Rumah cepat rosak
Kemasan tidak cantik
Bahan binaan tidak berkualiti
Pemaju / kontraktor lepas tangan
Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan
Pembeli rasa tertipu.

Saya sedaya upaya akan menjelaskan selengkap yang boleh tentang ilmu binaan sebagai panduan kepada anda apabila bercadang untuk membeli atau membina rumah sendiri bagi mengelakkan anda ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain seperti pamaju atau kontraktor kerana anda tidak mempunyai cukup pengetahuan dalam pembinaan rumah. Panduan lengkap ebook ini amat berguna kepada sesiapa saja apabila hendak:-

Hendak membina sendiri rumah anda
Membeli rumah dari pemaju
Membesarkan rumah
Mempelajari ilmu binaan
Pelajar yang mengambil kursus binaan
Mereka yang berminat menjadi kontraktor rumah / pemaju     kecil-kecilan


Apa Kelebihan E-book ini?


Tiada di pasaran samada di kedai buku, di internet atau di mana saja. Ini kerana ebook ini dihasilkan berasaskan pengetahuan teori dan pengalaman kerja penulis sendiri.

Berikut adalah biodata pengalaman penulis dalam industri binaan di Malaysia yang menjadi asas kekuatan ebook ini :-

menuntut dalam jurusan building construction di  IPTA


pengalaman kerja dalam industri binaan di K. Lumpur, Selangor, Seremban, Kuantan dan Kerteh Terengganu.

terlibat dengan projek-projek seperti projek perumahan , hotel, rumah kedai, civil works, road works, infra works, earth dan oil and gas.

pernah bekerja dengan kontraktor, consultant dan developer

jawatan yang pernah disandang adalah site supervisor, site Q.S, site manager, project coodinator, clerk-of-works, project manager dan project superintendent.

lain-lain kepakaran - mahir autocad program (menghasilkan pelan-pelan arkitek), setting out and levelling survey, taking off quatities (mengira keluar bahan binaan dari pelan dan membina website.

pekerjaan sekarang - kontraktor kelas D dan kerja-kerja freelance.

Oleh itu e-book ini 100% asli.

Ada juga blog-blog atau website yang menerbitkan artikel yang berkaitan dalam bidang binaan tetapi hanya gambaran luaran saja. Ebook "BINA SENDIRI RUMAH ANDA" ini saya jelaskan secara terperinci tentang apa-apa yang perlu anda ketahui sebelum, semasa dan selepas pembinaan sesebuah rumah.

 

Isi kandungan Ebook " Membina Sendiri Rumah Anda"

ISI KANDUNGAN


1. Pengenalan

2. Memahami pelan rumah

3. Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.

4. Penyediaan pelan rumah

5. Memohon kelulusan pelan

6. Melantik tukang rumah

7. Peringkat-peringkat pembinaan
- Mengenal pasti sempadan tanah anda
- Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
- Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
- Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
- Kerja-kerja membina tapak asas
- Membina grd. Beam
- Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
- Tiang tetulang, formwork dan konkrit
- Lantai konkrit
- Roof beam
- Dinding bata
- Plaster / melepa
- Bumbung
- Kerja kemasan
- Kemasan lantai
- Cara memasang jubin lantai
- Jubin dinding
- Kerja mengecat

8. Mengurus pembelian bahan binaan

9. Mendapatkan bekalan air dan api.

10. Kualiti binaan

11. Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )


 


MUAT TURUN EBOOK "BINA SENDIRI RUMAH ANDA DAN BONUS HEBAT 1 SET LENGKAP PELAN RUMAH BUNGALOW atau SEMI-D
DENGAN HANYA........



 
member login/register affiliate






hit counter
hit counter